Pengalaman Temu duga PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP17
10:34
Hi!
Now Sofia nak cerita pula tentang pengalaman temu duga PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP17. Bekerja dengan JPN. Kalau uols nak baca mengenai pengalaman peperiksaan online PEMBANTU GRED N17 boleh klik disini.

Pada 10.04.2015 aku dapat email ini. Nasihat aku bila uols dapat email ini, uols tolong buat kajian tentang jawatan yang di offer kan ke kalian. Lagi satu sila siapkan dokumen yang diminta. Nasihat aku original document, masukkan ke dalam clear folder. Gunakan paper clip untuk sekalikan surat beranak uols dengan IC.
Kemudian untuk copy pula, tolong staple kan sekali dengan resume bergambar kalian. Tak perlu pun untuk kasi folder. Kalau uols masukkan dalam folder, tak guna juga sebab at the end mereka akan suruh uols keluarkan daripada folder. Ini apa yang diajar oleh setiauasa mereka....
Tolong pakai pakaian yang kemas. Yang perempuan, seeloknya pakai baju kurung dan kasut bertutup. Yang lelaki pula pakai seluar slack, kemeja, kasut bertutup (bukan kasut converse ya) dan jangan lupa tie. Kalau boleh rambut tu biar nampak professional. Jangan la pula datang dengan rambut spike ke Mohawk ke. Jangan buang tebiat please. HAHA!
Kalau uols nampak diatas, tempat peperiksaan aku di Pusat temu duga, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Jalan Cenderasari. Jadi aku pergi lah. Jam 3 petang aku dah bertolak ke sana daripada Bangsar. Bagi aku biar kita awal jangan kita lambat. Jangan sesekali beri bad impression kepada penemu duga. Itu apa yang selalu diajar...
Waktu aku pergi tu kebetulan hujan & jam. Nasib baik! Sampai 10 minit sebelum pukul 4. Aku tengok lengang je tempat tu. Jadi aku naiklah ke atas tingkat 2. Dia kata jawatan yang aku mohon tu bukan dekat situ tempat temu duga tu. Terkejut beruk aku. Cuak!
Bila aku tengok email yang dia hantar, memang di situ. Pendaftar di situ kata pihak SPA dah hantar email ralat tapi aku tak dapat. Tempat temu duga yang betul di KDN Hartamas. Aku nak je pergi tapi mereka kata tak sempat. So, kena pergi the next day. Alhamdulillah temu duga ni ada dari Isnin sampai Jumaat. Risik risik untuk temu duga JPN, penemu duga adalah orang JPN itu sendiri. Tak ada pihak SPA.
Jadi aku pergi keesokan harinya. Aku sampai 7.45 sebab pendaftar tu kata jabatan buka jam 8. Nervous jangan cakap uols! Dupduapdupdap. Oh, atas nasihat kawan, kalau uols datang dengan bf ke tunang ke suami ke, jangan masuk ke office dengan mereka. Nanti mereka ingat yang uols tak boleh berdikari. Minta mereka tunggu di area luar.
Firstly, setiausaha mereka check sijil aku. Copy sijil dan resume. Mereka cakap siap siap yang copy akan di ambil. Kemudian, aku diarah masuk ke tempat menunggu.
Abang setiausaha tu secara automatic bagitahu aku (sambil tunjuk gambar pengarah JPN) "Ini ketua pengarah JPN - Dato' Sulaiman bin Haji Keling". Secara automatic aku tangkap yang itu salah satu soalan yang akan ditanya kejap lagi.
Nama ketua pengarah JPN jadi mantara aku waktu tu. Dah lah ada short term memory. Mana lah tahu aku panik time temu duga terus lupa nama dia. HAHA! Aku pula calon yang pertama. Tak ada orang lain.
Bell berbunyi. Aku ketuk pintu 3 kali dan pandang ke dalam since pintu tu ada kaca di tengah. Ada 2 puan penemu duga. Dan dia angguk suruh aku masuk. Aku masuk, beri salam dan tanya "Puan nak fail saya?" Dia angguk dan cakap "Silakan duduk". Aku pun duduk. INGAT! Kalau dia tak cakap silakan duduk, tanya. "Boleh saya duduk?" Jangan terjun je duduk sesuka hati. Ada jenis penemu duga akan bom atau sindir kau. HAHA! Itu apa yang dipesan oleh kawan kawan aku yang pernah di temu duga dan juga setiausaha dekat situ. Jadi kalau uols jadi orang pertama datang, boleh la dapat tips dari setiausaha. Buat lah baik dengan mereka tu. Banyak membantu. Hehe. Lagi satu kawan aku pesan tolong tahu isu semasa. Waktu dia di temu duga waktu sukan commonwealth.
Sambung semula... Jadi masuk tu, duduk elok elok. Yang mana bawa handbag, tolong letakkan di bawah sebelah kerusi. Jangan letak di bawah peha. Jangan duduk silang kaki. Yang perempuan, rapatkan kaki dan sengetkan sedikit. Mana yang tengok Princess Dairies tu paham la maksud aku. HAHA!
Aku tak boleh bagitahu the exact question yang mereka soal. Sebab soalan aku, kebanyakannya berkaitan pekerjaan dalam resume aku. Tapi aku cuba list kan juga supaya uols dapat rough idea ya. Tapi bukan ikut turutan tau. Sebab lupa. HEHE.
1. Perkenalkan diri anda.
Di sini uols cakap lah nama, umur, SPM belajar apa, aliran apa, adik beradik berapa orang, parents kerja apa dan tinggal di mana. Jangan merepek sangat tentang adik beradik. Sekarang kerja apa.
2. Siapa pengarah JPN?
Kan aku dah agak! Tak sia - sia bermantera tadi. HEHE.
3. Soal mengenai pekerjaan.
Kerja di mana? Tinggal di mana? Bagaimana travel ke tempat kerja? Berapa gaji?
4. Tricky question mengenai penjawat awam.
Awak sanggup ke kerja dengan JPN? Sekarang penjawat awam dah tak macam dulu. 10am-5pm. Kalau awak ditempatkan di UTC awak kena kerja 10am-10pm, 7 hari seminggu. Awak sanggup? Uols kena pandai jawab dengan penuh diplomasi.
5. Macam mana tangani pelanggan yang bermasalah?
6. Sanggup di tempatkan di Sabah & Sarawak? Di tempat pendalaman?
7. Kenapa tak sambung belajar?
Di sini aku dapat tangkap yang kerajaan lagi suka orang sambung belajar. Kalau mana yang tak nak sambung belajar, cakap uols ada masalah kewangan, atau nak lebih diplomasi cakap "saya akan sambung belajar part time kalau saya dapat kerja ni."
8. Kalau gaji uols sekarang lagi tinggi dari gaji penjawat awam, mereka akan tanya awak sanggup lepaskan gaji sekarang dan terima jawatan ni?
9. Mental dan physical
Sanggup kerja 7 hari seminggu dari 10 pagi hingga 1 malam? Kami tak nak awak kerja sebulan dua lepas tu awak berhenti sebab pressure.
Haa. Sedia lah jawapan. Mungkin soalan yang uols akan dapat tak sama macam aku. Tapi at least cuba rangka jawapan dalam fikiran kot kot lah mereka nak tanyakan. Tak ada lah blur. HAHA.
Good luck dan terima kasih sebab baca coretan ni :)
5 comments
Terima kasih kerana mengkongsikan penglaman interview spa..
ReplyDeleteko pn dpt interview pmbntu pdaftran kp19?
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDeletesoalan xde english ke
ReplyDeleteThe Lucky Club Casino Site
ReplyDeleteGet luckyclub your lucky club casino account now. Lucky Club Casino is a licensed gambling site from a reputable Malta casino company, which is currently on Rating: 4 · Review by LuckyClub.me