Nutty Coco - new coconut ice cream in town!
09:01So there is a new coconut ice cream shop in town! Nutty Coco!
Penat sangat baru lepas grocery shopping haritu, aku terus nampak kedai ni. Nutty Coco ni betul-betul depan Cold Storage. First day buka pula tu. Weols pula memang suka makan ice cream. Lagi lagi kalau coconut. Lagilah menggila.
I cannot share with you a lot of details sebab waktu tu pun dah penat, tapau dan makan dalam kereta je. Sedih kan? Sebenarnya nak aim sekali coconut shake dia tapi... Apakan daya... lagi sejam nak ada meeting. Minum tu kena penuh dengan gaya okayy.
Kalau uols nak tahu Nutty Coco ni berasal daripada Chatuchak, Bangkok. Rasa dia macam mana? Marvelous! Tu sahaja yang aku boleh cakap tapi bagi aku kalau coconut dia boleh rasa lebih sikit, lagi sedap! tapi preference setiap orang berbezakan...
As you can see, belah kanan tu ada chocolate sprinkle. Aku ni laju je bab chocolate. Nama dia Crispy Cheesy - ada cheese, peanut & chocolate rice. Rasa dia memang umph! Cheese boleh rasa babe! Yang belah kiri pula The Signature - garnished with sweetcorn & roasted ground nut. Sorry la dalam gambar tu tak nampak. Angle main tangkap muat je. Kebulur nak melahap. HEHE.
Dorang bukan jual ni sahaja tau. Dorang ada coconut milkshake, coconut drink & ice cream dia pun ada banyak variety. Nak letak chilli pepper pun boleh uols... Uols pun boleh pilih antara 4 toppings - sweetcorn, grated coconut, fresh coconut & nuts
*jangan gatal please ambil nuts kalau allergic - pesanan khidmat masyarakat. Akak babap karang!
Aku list kan details tentang kedai ni:-
Nama kedai : Nutty Coco
Lokasi : Ikano Power Centre, Damansara (G - depan Cold Storage)
Buat masa sekarang ni mereka ada 1 outlet je. Dengar cerita mereka akan buka lagi 2... Btw, sekarang mereka tengah ada promotion until 30 April 2015. Buy 1 Get 1 Free. Haritu aku pergi harga RM13+ untuk 2 ice cream 3 scoop! Gila tak happy?! Nak upgrade to 4 scoops pun boleh!
Yang mana ada concern... Macam aku lah. tempat dia macam mana? Crowded ke ada seating tak? Yes... Kedai ni stall sahaja. TAPI -- mereka ada sediakan bench dekat tepi kedai. Kalau dekat situ penuh, depan tu ada banyak sofa kosong diknon. Korang duduk je berjemaah dekat situ. Borak borak cepat je habis makan tu. HAHA.
Yang penting -- SEDAP!
0 comments